Selasa, 3 Februari 2015



ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA 

Pengenalan 
                      
Kebelakangan ini, sering kita terdengar di dada akhbar dan media massa tentang peningkatan laporan berkenaan berlakunya masalah rumah tangga. Isu ini dikatakan amat membimbangkan sehingga membawa kecederaan fizikal dan mental, yang paling menyedihkan lagi boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Keganasan rumah tangga ditakrifkan sebagai tindakan ganas yag melibatkan fizikal dan psikologi yang dilakukan oleh Ahli keluarga (Contoh: Suami) kepada mangsa yang turut merupakan ahli keluarga (Contoh: Isteri) yang boleh membawa kemudaratan yang teruk. Diantara tindakan penderaan fizikal ini boleh ditentukan dengan kesan calar, luka dan patah yang dialami oleh seseorang mangsa itu. Kemelut ini memang serius kerana turut disiarkan ke media massa menerusi program-program berita. Maka, Ada pelbagai penyebab yang perlu difahami dan langkah pencegahannya supaya masalah ini mampu dikawal penularannya terutama dalam kalangan perkahwinan di usia muda mahupun pasangan berusia.

Gambar Dari Harian Metro


Keratan Akhbar


Keratan Akhbar

Keratan Akhbar

Keratan Akhbar

Di Malaysia, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) melaporkan 75% wanita yang mencari perlindungan pada tahun 2009 adalah disebabkan oleh keganasan rumah tangga. Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga melaporkan trend keganasan rumah tangga semakin meningkat di Malaysia. Sebagai langkah lebih proaktif Terjah Harapan Resources telah merangka satu program berbentuk seminar bagi panduan dan membimbing masyarakat khususnya dikalangan wanita untuk bersama mempelajari tentang peranan perundangan dan hak perlindungan yang boleh diterima atau sebagai sokongan tidak formal untuk membantu mangsa yang mempunyai masalah rumah tangga. Seminar ini mengfokuskan juga keperluan yang diperlukan oleh mangsa untuk bertindak selanjutnya dalam berhadapan isu ini. Diharapkan seminar ini dapat memjadi medium yang penting untuk menjadikan keluarga lebih bersedia dan memimpin keluarga untuk hidup lebih bahagia di samping keluarga. ketetapan seminar seperti berikut;

Tarikh : 28 Mac 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi hingga 3.00 Petang
Tempat : Dewan Chempaka PKNS Bangi

YURAN PENDAFTARAN : RM 150.00 Seorang
** Bagi 100 orang yang terawal diberikan yuran serendah RM 100.00 sahaja

Istimewa Hadiah menanti Anda
Makan akan disediakan.

Terbuka kepada kaum HAWA : Berkerja / Suri Rumah / Pelajar.

Hubungi Kami Segera 
017-636 5017 / 012-699 1835 /018-293 8583

" Serikan Wanita sebagai Bidadari Syurga"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan