Selasa, 23 Jun 2015




REZEKI

Rezeki tidak datang sendiri,
Mesti berusaha untuk mencari,
Belum pasti kita memperolehi,
Apa lagi hanya memeluk diri,

Sudah pasti tiada apa kita miliki,
Kita beringat waktu berusaha,
Dapat sedikit tidak mengapa, 
Asalkan halal buat keluarga, 


Wang banyak tidak berguna,
Jika haram datangnya punca,
Rezeki halal banyak faedah,
Ke mana pergi hati tak susah, 

             

Jumpa siapa rasa tak salah, 
Tidur malam lenanya mudah,  
Hidup bahagia begitu indah,  
Rezeki haram banyak keburukan, 



Bangun pagi rasa tertekan, 
Hilang selera waktu makan, 
Nampak bayang jadi ketakutan,
Hidup merana penuh dugaan, 

Salam Ramadan daripada Kami Terjah Harapan Resources

Moga dikurniakan Keberkatan, Keampunan dan Kemenangan buat semua umat ISLAM.. Aamiin

Isnin, 23 Mac 2015


TERJAH HARAPAN RESOURCES
PERUNDINGAN MAJLIS PERKAHWINANMENAWARKAN PAKEJ GEMPAK KEPADA ANAK MUDA

SERENDAH RM 4,800 SEPASANG

MAJLIS PERKAHWINAN DIJALANKAN BERAMAI-RAMAI

JANGKAAN TARIKH 

20 SEPTEMBER 2014
LOKASI AKAN DIMAKLUMKAN KELAK

TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI
ANAK MUDA

DIBUKA SETIAP PARLIMEN 10 PASANGAN


SYARAT ASAS
MENDAPAT RESTU KEDUA-DUA IBUBAPA
BERSEDIA BERUMAHTANGGA


SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN BERANG SECARA PERCUMA

013 3611835  / 012 6991835 / 017 636 5017


PAKEJ KAMI TIADA GST!!!!



Rabu, 11 Februari 2015

Tips Dan Cara Menyelesaikan Masalah Rumah Tangga....

Semua perkahwinan pasti akan ada masalah. Jika anda sedang mencari bantuan dalam menyelesaikan masalah perkahwinan anda sendiri, penting untuk anda sedar bahawa anda tidak keseorangan.
Ramai yang menghadapi masalah dalam perkahwinan seperti anda. Apabila melihat beberapa masalah yang kerap berlaku dalam perkahwinan, teknik-teknik yang mudah boleh dilakukan dalam kebanyakan kes untuk menghentikan masalah ini daripada terus berpanjangan.
Antara masalah yang paling biasa dan kerap berlaku dalam perkahwinan ialah masalah kewangantidak mempunyai masa bersama yang cukup antara satu sama lain, masalah komunikasiperbezaan pendapat dalam membesarkan anak dan juga masalah pasangan kurang romantik.
Apabila anda mengambil nasihat yang disenaraikan di bawah, anda akan mempelajari beberapa tips dan teknik mudah untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang kerap berlaku ketika ini.

kasih sayang

1. Elakkan dari Pergaduhan Yang Tidak Adil
Tidak kira apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, ianya penting untuk anda membincangkannya dan menyelesaikannya dalam keadaan yang cukup bertolak-ansur dan saling memahami.
Perselisihan pendapat dalam apa-apa hubungan dan hubungan pasti akan terjadi. Namun, perselisihan itu perlulah berlaku dalam keadaan yang terkawal. Anda tidak perlu terlalu bersikap pentingkan diri sendiri atau terlalu mempertahankan diri anda.
Jangan sekali-kali mengungkit kembali kesilapan lalu pasangan anda. Fokus dan hanya berbincang isu yang sedang berlaku sahaja, bukannya isu-isu lama yang diungkit kembali. Anda juga tidak perlu  mengingkiritik pasangan anda sama sekali.
Perselisihan dan perbezaan pendapat kadang-kala baik untuk perkahwinan sebagai asam garam kehidupan, tetapi berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil dan mengikut nafsu amarah hanya akan membawa perasaan buruk dan fikiran negatif terhadap pasangan anda.
Apabila anda berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara pasangan akan lebih terbuka dan masing-masing akan sedar akan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, dan seterusnya dapat mencari penyelesaian bersama.

2. Sentiasa Memaafkan dan Melupakan Kesalahan Lalu
Bila-bila masa anda berhujah atau berselisih faham dengan pasangan anda, anda harus cuba untuk menyelesaikannya, memaafkan dan melupakan masalah tersebut.
Berbincang masalah semasa sahaja, bukan terbawa-bawa dengan masalah lampau dan cubalah untuk saling berfikiran terbuka semasa berbincang.
Setelah penyelesaian telah dipersetujui, lupakan masalah tersebut dan amalkan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.
 3. Jangan Mungkir Janji
Janji yang terungkap di bibir selalunya indah-indah dan manis-manis belaka, tapi apabila tiba masa untuk menunaikan janji-janji tersebut, anda gagal untuk melakukannya! 
Percayalah bahawa anda telah melakukan kesilapan besar dan jika tidak ditangani dengan betul, masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinan anda.
Jadi, penting untuk kita tepati janji walaupun janji tersebut sekecil-kecil janji seperti berjanji ingin keluar makan bersama. Perlu diingat bahawa janji-janji kecil yang tidak ditepati juga boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan anda.
 4. ‘Dating’ Bersama Pasangan
Salah satu kaedah yang sangat berjaya dalam menyelesaikan masalah biasa dalam perkahwinan adalah dengan mengatur ‘dating’ semula dengan pasangan anda seolah-olah pertemuan pertama dahulu.
Teknik ini akan mengimbas kembali kenangan anda ketika anda mula-mula jatuh cinta . Anda akan ingat bagaimana rasanya untuk bersama-sama apabila anda pertama kali bertemu dan anda selalu bercakap tentang kegembiraan anda bersama pasangan.

Bercakaplah tentang kehidupan bersama pasangan anda. Luahkan segala perasaan anda terhadapnya. Amalan sebegini pasti akan memberi perbezaan yang besar dalam perjalanan perkahwinan anda, menuju bahagia yang abadi.
PAKEJ PERCUTIAN HARI KELUARGA
 HOTEL IMPIAN MORIB

KHAS UNTUK WARGA PENDIDIK

Ahad, 8 Februari 2015




EKSLUSIF UNTUK ANAK MUDA....!!!

Tak cukup bujet nak kahwin....??
Belanja Kenduri Mahal Sangat...??
Lambat Sangat Nak Kumpul Duit....??
Kos Sara Hidup Makin Meningkat...??
Dan Lain-lain lagi....

Mahu Dipermudahkan Semua Diatas

Jom Sertai Kami
buat 10 pasangan Terawal

Dengan 
RM 4,800.00
Kami Pastikan Majlis Anda Berjalan Lancar

DAFTAR SEGERA
DAPATKAN BORANG




JOM SERTAI PROGRAM AMAL 

HADIAHKAN UNTUK DIRI DAN KELUARGA ANDA

Kami beri peluang individu yang berminat untuk menghadiahkan untuk diri atau ahli keluarga dengan bacaan 30 juzuk Al Quran oleh pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz  yang terpilih. Dalam masa yang sama anda telah berwakaf bersama kami, Segala pakej wakaf ini boleh dipilih;

PAKEJ (Hartawan) RM 300
10 Nama Akan Dibacakan 30 Juzuk Al Quran / Percuma 3 Kotak Air Syifa’ / Percuma 1 DVD  Al Quran Interaktif / Percuma 3 Buah Al Quran untuk diwakaf / Sijil Wakaf 

PAKEJ (Jutawan) RM 200
5 Nama Akan Dibacakan 30 Juzuk Al Quran / Percuma 2 Kotak Air Syifa’ / Percuma 1 DVD  Al Quran Interaktif / Percuma 2 Buah Al Quran untuk diwakaf / Sijil Wakaf

 PAKEJ (Jutawan) RM 100
2 Nama Akan Dibacakan 30 Juzuk Al Quran / Percuma 1 DVD  Al Quran Interaktif / Percuma sebuah Al Quran untuk diwakaf /
Sijil Wakaf 

MANFAAT PENAWAR :
Masalah Dalaman / Lemah Semangat / Terkena Sihir / Tidak Berkeyakinan / Masalah Rumahtangga / Anak Tidak Terkawal / Pendapatan Tidak Mencukupi / Kurang Ketenangan / Mahu Hadiahkan Doa Berharga Buat Ibubapa / Hadiahkan Buat Yang Tersayang Yang Telah Meninggaldunia

Program ini diberikan tempoh sebulan selepas berdaftar

Peneraju Program Berdaftar
TERJAH HARAPAN RESOURCES (SA0317396-X)
Syarikat Perunding Keluarga Dan Masyarakat

Boleh Hubungi Terus Syarikat Kami ;
012-6991835 / 017-6365017 / 018-2938583
**Kami tidak lantik mana-mana  agen untuk program ini.



PAKEJ BERKUMPULAN PERCUTIAN BERSAMA 

PULAU REDANG 2015

KAMI URUSKAN PERCUTIAN ANDA
3 HARI 1 MALAM 
(RM399.00) Min 35-40 orang
(RM 489) Min 6-12 Orang

HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN



Selasa, 3 Februari 2015



MENYEDIAKAN PENCERAMAH MOTIVASI REMAJA DAN KELUARGA

BERSEDIA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA
PERSATUAN, NGO, MASJID, SURAU, PIBG atau MANA-MANA INDUVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENGADAKAN PROGRAM KEIBUBAPAA DAN REMAJA

HUBUNGI KAMI SEGERA 





PAKEJ BERKUMPULAN 
KE PULAU PANGKOR 2015

2 HARI 1 MALAM 
RM 189.00 per pax

3 HARI 2 MALAM
RM 289.00 per pax


HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK TEMPAHAN  







ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA 

Pengenalan 
                      
Kebelakangan ini, sering kita terdengar di dada akhbar dan media massa tentang peningkatan laporan berkenaan berlakunya masalah rumah tangga. Isu ini dikatakan amat membimbangkan sehingga membawa kecederaan fizikal dan mental, yang paling menyedihkan lagi boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Keganasan rumah tangga ditakrifkan sebagai tindakan ganas yag melibatkan fizikal dan psikologi yang dilakukan oleh Ahli keluarga (Contoh: Suami) kepada mangsa yang turut merupakan ahli keluarga (Contoh: Isteri) yang boleh membawa kemudaratan yang teruk. Diantara tindakan penderaan fizikal ini boleh ditentukan dengan kesan calar, luka dan patah yang dialami oleh seseorang mangsa itu. Kemelut ini memang serius kerana turut disiarkan ke media massa menerusi program-program berita. Maka, Ada pelbagai penyebab yang perlu difahami dan langkah pencegahannya supaya masalah ini mampu dikawal penularannya terutama dalam kalangan perkahwinan di usia muda mahupun pasangan berusia.

Gambar Dari Harian Metro


Keratan Akhbar


Keratan Akhbar

Keratan Akhbar

Keratan Akhbar

Di Malaysia, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) melaporkan 75% wanita yang mencari perlindungan pada tahun 2009 adalah disebabkan oleh keganasan rumah tangga. Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga melaporkan trend keganasan rumah tangga semakin meningkat di Malaysia. Sebagai langkah lebih proaktif Terjah Harapan Resources telah merangka satu program berbentuk seminar bagi panduan dan membimbing masyarakat khususnya dikalangan wanita untuk bersama mempelajari tentang peranan perundangan dan hak perlindungan yang boleh diterima atau sebagai sokongan tidak formal untuk membantu mangsa yang mempunyai masalah rumah tangga. Seminar ini mengfokuskan juga keperluan yang diperlukan oleh mangsa untuk bertindak selanjutnya dalam berhadapan isu ini. Diharapkan seminar ini dapat memjadi medium yang penting untuk menjadikan keluarga lebih bersedia dan memimpin keluarga untuk hidup lebih bahagia di samping keluarga. ketetapan seminar seperti berikut;

Tarikh : 28 Mac 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi hingga 3.00 Petang
Tempat : Dewan Chempaka PKNS Bangi

YURAN PENDAFTARAN : RM 150.00 Seorang
** Bagi 100 orang yang terawal diberikan yuran serendah RM 100.00 sahaja

Istimewa Hadiah menanti Anda
Makan akan disediakan.

Terbuka kepada kaum HAWA : Berkerja / Suri Rumah / Pelajar.

Hubungi Kami Segera 
017-636 5017 / 012-699 1835 /018-293 8583

" Serikan Wanita sebagai Bidadari Syurga"



Isnin, 2 Februari 2015



JOM SERTAI KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


1 MEI 2015 AHAD
9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG
PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH

YURAN RM 50.00

"BERILMU DALAM FARDU KIFAYAH"




Ahad, 1 Februari 2015




HARGA PROMOSI 
SERENDAH RM 40.00

Hubungi Segera
012-6991835 / 013-3611835




Dibuka kepada sesiapa sahaja
 yang berminat untuk menghadiahkan untuk diri dan ahli keluarga
SERTAI PROGRAM AMAL INI

BERI MANFAAT KEPADA

Mengalami Masalah Rumah Tangga, Penyakit Misteri, Penyakit Sihir, Kekurangan Tenaga, Menghadapi Masalah Kewangan, Kurang Keyakinan Diri, Tekanan, Kemurungan, Amalan Kurang, Ibubapa yang Masih Hidup atau yang telah Meninggaldunia.

REBUT PELUANG HADIAH DIRI SETIAP BULAN

KETERANGAN LANJUT
HUBUNGI SEGERA
012-6991835/013-3611835




MENDEPANI KRISIS EKONOMI

T.H.R telah menganjurkan "KHAS BUAT BELIA"

PROGRAM JOM BINA MASJID 

"MAJLIS WALIMATULURUS PERDANA SIRI 01/2015"


Kepada 30 pasangan terawal


Buat Belia Selangor


TARIKH ; 30 MEI 2015
TEMPAT : Akan dimaklumkan kelak

Yuran Pendaftaran RM 3,800 buat sepasang pasangan.
Kami Uruskan Majlis Anda.
1. Kursus Pra Perkahwinan berserta Sijil
2. Majlis Akad Nikad
3. Jamuan Makan Tetamu Jemputan
4. Jamuan Makan Pengantin
5. Baju Pengantin utk setiap Pengantin
6. Pelamin Perdana (Resepi)
7. Kad Kahwin utk setiap Pasangan
8. Kek Pengantin utk setiap Pasangan
9. Dewan Berhawa Dingin
10. Profesional Photographer

Senarai Aktiviti
1. Majlis Pernikahan beramai-ramai
2. Majlis Doa dan Selawat Pengantin.
3. Persembahan Kompang dan Kesenian Kebudayaan.
4. Sesi potong kek dan fotografi
5. Kehadiran Tetamu VVIP
6. Kursus Pra Perkahwinan

FAEDAH UTAMA MENYERTAI MWP 01/2015
"Jauhi ZINA & Jauhi HUTANG Dalam Membina Keluarga Bahagia"
Sekretariat Majlis Walimatulurus Perdana
Terjah Harapan Resources 
(SA0317396-X)
Email: terjahharapan@gmail.com

No Tel : 
019-292 1885 ( Sabak Bernam / Kuala Selangor / Klang / Hulu Selangor )
017-636 5017 ( Hulu Langat / Sepang / Kuala Langat )
018-293 8583 ( Petaling Jaya / Shah Alam / Gombak )





JOM CUTI-CUTI BERSAMA KELUARGA


PAKEJ HARI KELURGA DI THE CABIN, KUALA SELANGOR2 HARI 1 MALAMLENGKAP SEMUANYA SERENDAH RM 159 (D), RM 99 (K)


PAKEJ KE LANGKAWI 3 HARI 2 MALAMLENGKAP SEMUANYA SERENDAH DARI RM 299.00 RM 339.00 DAN RM1,459.00


SANTAI KRABI, PHUKET,HAT YAI 2015JOM PERGI BERKUMPULAN RM 859.00 SERENDAH DAN MAMPU PERGI 


REHAT SANTAI HILANGKAN STRESS DAN EMOSI ANDA TEMPAT THE CABIN, KUALA SELANGOR RM 159.00 PERSON










Bismillahirrahmanirrahim…


Anak Soleh…


Itulah yang bermain difikiran ana…macam mane nak tulis yer??? Haa…anak soleh atau solehah ni idaman setiap mereka yang bergelar anak termasuklah ana sendiri… adakah kita tergolong dalam ciri – ciri anak soleh dan solehah??? Mari kita fikir sejenak dan ambil setiap point-point yang ana cube keluarkan semoga ia mempunyai faedah untuk kita bersama-sama…


1 ) Mentaati kedua ibu bapa
Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi mana ia tidak terkeluar dari syarak…Kita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ??? cube kita renung dan muhasabah balik diri kita…adakah kita pernah menaikkan suara di depan mereka ataupun kita pernah menyakiti hati mereka ???Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…


Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.
Disini dapat kita melihat betapa untuk kita hendak menjadi anak yang soleh dan solehah perlu mengelakkan diri kita daripada berlaku kasar kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikan suara dihadapan mereka ketika mereka sudah lanjut usia…sentiasalah kita berdoa kepada kedua ibubapa kita dengan doa yang setiap kali kita baca selepas selesai solat : “ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku dan mendidikku sejak kecil lagi “.amiin…


2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara.
Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri…apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga…Tidak dinafikan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa terutama dosa kecil yang kadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu mendatang dosa…tetapi ALLAH itu Maha Pengampun…apabila kita melakukan dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampun kepada Yang Maha Esa…Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu kita menjaga akhlak kita,kerana akhlak merupakan faktor utama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, jika akhlak kita tidak dijaga tidak mungkin kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah…
3 ) Amalan dijaga kerana Yang Maha Esa


Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan , dan amalan itu adalah semata-mata kerana Yang Maha Esa…Kadang-kadang kita sebagai manusia ini juga ada culas didalam melakukan amalan kepada Allah terutamanya di dalam solat…untuk menjadi anak yang solehah dan solehah perlu mendahulukan perkara yang wajib seperti solat diawal waktu…macam mane kita mahu menjadi anak yang soleh dan solehah jika solat kita tidak dijaga…apabila solatkita dijaga insyaAllah,amalan – amalan kita akan menjadi lebih teratur…selain itu juga untuk menjadi anak soleh dan solehah ialah perlu menjadikan al-quran sebagai sahabat karib dikala senang dan susah…sentiasa basahi lidah dengan al-quran dan zikrullah…insyaAllah,untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ada didalam setiap diri setiap mereka yang bergelar anak.
4 ) Tiada cinta selain cinta kepada Allah, Tiada rindu selain rindu kepada Rasulullah
Cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia kerana manusia sememangnya memerlukan pasangan , Bagi anak yang soleh dan solehah, cinta Allah mengatasi cinta segala-galanya…apabila cinta Allah telah bertakhta dihati, cinta kepada Rasulullah adalah cinta seterusnya dan cinta ibubapa selepas itu…tiada istilah couple bagi setiap insan yang belum berkahwin kerana ia adalah nafsu semata-mata…bercinta selepas kahwin adalah nikmat yang paling berharga bagi setiap pasangan itu…oleh itu, bagi pasangan yang telah telanjur bercinta apa kata halalkan perhubungan itu dengan perkahwinan…nak jadi anak soleh dan solehah tak ??? Bila bercinta , mesti ada perasaan rindukan ??? Persoalannya, adakah rindu kita pada Rasulullah lebih lagi ataupun rindu pada kekasih mengatasi segala-galanya ??? Perkara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan bilamana kita melihat sendiri anak-anak muda kita bilamana teknologi semakin canggih, perasaan itu boleh diluahkan melalui pelbagai cara seperti di handphone melalui ‘sms’…yahoo messenger dan sebagainya…tetapi kita kena ingat, biarlah rindu pada Rasulullah mengatasi segala-galanya…itulah ciri-ciri ingin menjadi anak soleh dan solehah.


5 ) Kasih sayang hanya pada ibubapa, Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi…
Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih saying ibubapa yang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.Kita boleh melihat pengorbanan seorang ibu yang menanggung keperitan dan kepayahan mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.Ibu jugalah yang sanggup bersengkang mata apabila anak tidak tido malam apatah lagi jika anak itu sakit,ibu jugalah yang akan menjaga kita.Jadi betapa kita wajib memberikan kasih sayang kepada ibu kita.Bapa juga tidak kurangnya,mencari rezeki untuk memberi makan kepada anak-anak dan menghantar anak-anak untuk menuntut ilmu.Apakah kita tidak merasakan betapa besar pengorbanan bapa kepada setiap anak…
Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila berada disekolah…tiada guru yang mengajar anak murid mereka untuk bersikap biadap apatah lagi mengajar perkara – perkara yang tidak berfaedah…mereka semua mahu anak-anak murid mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat..itulah sifat bagi seorang anak soleh dan solehah iaitu mengasihi dan menghormati guru-guru.
Anak soleh dan solehah juga perlu mengasihi teman-teman, tetapi sebelum itu biarlah mencari teman yang memberikan faedah kepada kita dengan saling ingat mengingati antara satu sama lain…bukan sekadar kawan biasa…sanggup berkorban dikala susah dan senang…itulah sebaik-baik teman…
Pesanan untuk anak lelaki
Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan kebahagian dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.

Pesanan untuk anak perempuan
Buat anak perempuan, tanggungjawab anda tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah anda sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah anda tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….
“ Anak soleh dan solehah sebagai harta, hai ibubapa kami pertama anda, tidak jemu berdoa , agar sejahtera terpelihara”.